Pages

Monday, June 14, 2010

Nikmatnya REJAB.....

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab: Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun

Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab: Israk dan Mikraj (27 Rejab) Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj) Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah. Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja.

Firman Allah SWT: "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah Al Israa': 1)

DOA BULAN REJAB: "Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."

Istighfar paling baik dalam bulan Rejab: Maksudnya: "Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya." Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah.

Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya. Sabda nabi: "sampaikan dariku walaupun satu ayat"
Untuk Selayang Pandang...Sebilang amalan, Segunung pahala

Saturday, June 12, 2010

PoLiGaMi???

Poligami merupakan satu isu yang hangat diperkatakan. Islam mengharuskan poligami untuk menjaga kesucian mereka di dalam runtutan hawa nafsu yang kuat sehingga tidak cukup dengan hanya memiliki seorang isteri sahaja. Berpoligami dalam ruang lingkup sihat yang diiringi penjagaan dan pensyariatan hak-hak kewajipan serta kemuliaan yang selayaknya, akan menghalang diri daripada terjerumus kearah melakukan perbuatan yang diharamkan syarak dan berdosa. Selain daripada itu, poligami disyariatkan untuk mengelakkan kaum wanita daripada diburu oleh lelaki yang tidak bertangungjawab tanpa akad nikah yang boleh menjamin masa depan anaknya. Oleh itu, matlamat Islam mengharuskan poligami bagi mengelakkan kaum lelaki daripada terjerumus ke lembah penzinaan, menjaga wanita daripada tunggangan hawa nafsu yang menggila serta menjaganya daripada kecewa dan memelihara masyarakat daripada gejala keruntuhan moral dan kucar kacir.
akta undang-undang keluarga islam ( wilayah persekutuan) 1984 ( akta 303 ) seksyen 23

poligami

(1) Tiada seorang pun lelaki, semasa wujudnya sesuatu perkahwinan, boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat kontrak perkahwinan yang lain dengan perempuan lain atau perkahwinan yang dikontrakkan tanpa kebenaran sedemikian boleh didaftarkan di bawah akta ini:

Dengan syarat Mahkamah boleh jika ia ditunjukkan bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah mengikut Hukum Syarak, memerintahkan perkahwinan itu didaftarkan tertakluk kepada seksyen 12

(2) subseksyen (1) terpakai bagi perkahwinan dalam Wilayah Persekutuan seorang lelaki yang bermastautin dalam atau di luar Wilayah Persekutuan dan perkahwinan di luar Wilayah Persekutuan seorang lelaki yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan.

(3) Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan akuan menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut dan perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan dan tanggungan kewangan yang patut ditentukan, bilangan orang tanggungannya, termasuk orang-orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinannya yang dicadangkannya itu.

(4) apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon dan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada supaya hadir apabila pemohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam Mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati-

(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandang kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila dipihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;

(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang-orang yang akan menjadi orang-orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkannya itu;

(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak; dan

(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.

(5) Satu salinan permohonan di bawah subseksyen (3) dan akuan berkanun yang dikehendaki oleh subsyeksyen itu hendaklah disampaikan bersama dengan surat panggilan keatas tiap-tiap isteri yang sedia ada.

(6) Mana-mana pihak yang terkilan atau tidak puas hati dengan apa-apa keputsan Mahkamh boleh merayu terhadap keputusan itu mengikut cara yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran bagi rayuan dalam perkara sivil.

(7) seseorang yang berkahwin bersalahan dengan subsyeksyen (1) hendaklah membayar dengan serta-merta semua jumlah mas kahwin dan pemberian yang kena dibayar kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada, dan jumlah itu, jika tidak dibayar sedemikian, boleh dituntut sebagai hutang.

(8) Acara bagi akadnikah dan pendaftaran sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini adalah serupa dalam serba perkara dengan yang dipakai begi perkahwinan-perkahwinan lain yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Wilayah Persekutuan di bawah akta ini.

TUNTUTAN PERKAHWINAN DI SISI ALLAH



Seperti kebiasaan rakyat Malaysia usim cuti sekolah sering jatuh pada bulan Jun. Jadi, semestinya ramai pasangan lelaki dan wanita akan memilih musim ini untuk mengadakan majlis pertunangan, akad nikah dan perkahwinan. Di mana-mana negeri diseluruh Malaysia, sama sahaja. Malah, ada juga pelajar Malaysia di luar negara yang turut mengambil kesempatan 'sama-sama' cuti ini untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka. Apa-apa pun, selamat pengantin baru di ucapkan kepada seluruh pasangan pangantin baru yang meraikan hari bersejarah ini serta menamatkan zaman bujang mereka pada tahun 2010. Namun, disebalik kegembiraan ini janganlah dilupakan pesan-pesan Allah kepada kita sebagai muslim mukmin. Perkahwinan adalah suatu amanah dan tanggungjawab. Inilah pesanan Allah kepada kita. Sejak Hawa dipertemukan dengan Adam a.s lagi, umum telah mengetahui bahawa penyatuan itu adalah amanah, kasih sayang itu adalah ketenteraman, zuriat itu adalah harta. Hak-hak suami isteri perlulah disempurnakan, apa lagi dikurniakan anak-anak. Mereka juga telah ditetapkan hak-hak abadi yang perlu disempurnakan oleh ibu bapa. Pendek kata, segala-galanya adalah amanah dan tanggungjawab. Sekiranya melayang amanah dan tanggungjawab ini, maka putuslah tali kasih sayang antara suami isteri, anak-anak dan ibu bapa.

Berkahwin itu hukumnya wajib bagi orang yang mempunyai kesanggupan dan memenuhi syarat, serta khuatir dirinya akan jatuh dalam perzinaan. Alasannya ialah kerana ingin menjaga diri dan menghindari perkara yang haram. Sayid al-Qurtubi pernah berkata : "Orang yang mampu dan kerana tidak berkahwin takut akan membawa bahaya pada diri atau agamanya, sedang hal itu tidak dapat diatasi kecuali dengan berkahwin, maka tidak ada pertikaian di antara 'ulama' bahawa ia wajib berkahwin."

Islam mendorong supaya lelaki memilih wanita untuk dijadikan sebagai isterinya wanita yang solehah begitu juga bagi wanita agar memilih suami daripada lelaki yang soleh. Ukuran kesolehan seseorang ialah ketaqwaannya kepada Allah dan kemuliaan akhlaknya. Di samping itu, kekayaan keturunan dan kedudukannya dalam masyarakat juga menjadi dasar penilaian.

Hadith hadith Rasulullah s.a.w menjelaskan perkara ini:

Daripada Abu Hurairah Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya:
"Kahwinilahlah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka ambillah wanita yang ta'at kepada agama nanti kamu akan beruntung." (Bukhari, Muslim)

Daripada Abu Hurairah berkata Nabi s.a.w:
"Sesungguhnya dunia ini adalah harta benda, dan sebaik baik harta benda dunia iaLah wanita yang saleh." (Nasa'i, Muslim)

Daripada 'Abdullah ibn 'Amr berkata ia; bersabda Nabi s.a.w:
"Jangan kamu menikahi wanita itu kerana kecantikannya, sebab barangkali kecantikannya dapat merosakkannya, dan jangan pula kerana hartanya, sebab barangkali hartanya dapat menjadikannya derhaka, dan nikahilah wanita kerana agamanya, dan sesungguhnya hamba sahaya yang hitam dan rosak telinganya tetapi beragama adalah lebih baik." (Ibn Majah, Al Bazzar)

Daripada Anas berkata ia: "Adalah Nabi s.a.w menyuruh kami berkahwin, dan melarang kami membujang dengan larangan yang keras, Lantas beliau bersabda: 'Kahwinilah wanita yang banyak keturunan dan yang dicintai, kerana sesungguhnya aku akan bermegah megah dengan banyaknya umatku di Hari Kiamat." (Ahmad Ibn Hibban)

Sekadar Selayang pandang...Wallahualam =>

Sunday, June 6, 2010

Kepimpinan + MAHASISWA



Kepimpinan adalah satu bentuk realiti yang senantiasa wujud di alam ini. Bermula daripada bentuk kepimpinan yang sebesar-besarnya, iaitu kepimpinan Allah terhadap keseluruhan alam ini, hinggalah kepada sekecil-kecilnya iaitu kepimpinan individu. Sejak daripada kewujudan Nabi Adam a.s sehingga utusan terakhirNya Nabi Muhammad s.a.w, segala sirah yang berlaku adalah mesej kepimpinan. Perjuangan tokoh-tokoh sejarah di Tanah Melayu sehinggalah zaman kebangkitan kemerdekaan Malaysia juga adalah pembawakan nilai-nilai kepimpinan yang perlu disemat dalam aliran pemikiran setiap individu di Tanah Melayu lebih-lebih lagi yang bergelar Muslim. Kepimpinan dalam rumah tangga juga merupakan satu dinamika yang tinggi bagi mengharmonikan kehidupan sepasang suami dan isteri, ayah dan ibu serta anak-anak. Justeru, pengiktirafan Allah kepada kepimpinan manusia merupakan satu bentuk amanah. Maka kepercayaan untuk menguruskan alam ini perlulah difahami dan dilaksanakan sepenuhnya oleh insan muslim itu sendiri.


Firman Allah :

Maksudnya : “ Sesungguhnya Aku (Allah) melantik manusia sebagai khalifah di atas bumi.

(al Baqarah : 30)


Antara golongan yang bakal mewarisi kepimpinan ini adalah mahasiswa. Mahasiswa ini mestilah mahasiswa yang berada di menara gading, mempunyai visi dan misi ke arah kegemilangan akademik dan personaliti yang cemerlang. Andaikata golongan ini lemah longlai, hanyut mengikut arus kemodenan melampau, hiburan yang membuai lagi melalaikan, nyanyian yang mengasyikkan, cereka-cereka yang menglirukan lagi menyesatkan, fesyen-fesyen yang menjelikkan, etika-etika yang kadang-kadang terpesong daripada adat dan tuntutan agama, sudah tentu mahasiswa tidak akan mampu menapak ke arah menjadi pemimpin yang berkarisma tinggi walaupun mereka mempunyai kelayakan akademik yang tinggi dan dipuja ramai.


Oleh itulah, mahasiswa perlu melakukan sesuatu perubahan yang semakin posiitif bermula daripada saat ini. Bukan sekadar cakap-cakap kosong mahupun gosip-gosip yang membohong, tetapi mestilah di atas landasan anjakan paradigma yang tidak putus dan istiqamah yang berterusan bermula daripada perancangan, disusuli dengan misi dan pergerakan serta tawakal. Samalah juga seperti yang sering dipraktikkan dalam akademik serta urusan kehidupan sehari-harian. Kepimpinan adalah wajib disiplin adalah mesti, iltizam adalah harus. Pendek kata, semuanya penting bukan?


Namun disini, bukanlah hamparan penuh penulisan saya lagi. Jika para pembaca selayang pandang ingin mengikuti penulisan saya kali ini secara terperinci, jangan lupa untuk mengikutinya di artikel Kepimpinan + MAHASISWA akan datang...sekadar selayang pandang....(*~*)