Pages

Sunday, June 6, 2010

Kepimpinan + MAHASISWA



Kepimpinan adalah satu bentuk realiti yang senantiasa wujud di alam ini. Bermula daripada bentuk kepimpinan yang sebesar-besarnya, iaitu kepimpinan Allah terhadap keseluruhan alam ini, hinggalah kepada sekecil-kecilnya iaitu kepimpinan individu. Sejak daripada kewujudan Nabi Adam a.s sehingga utusan terakhirNya Nabi Muhammad s.a.w, segala sirah yang berlaku adalah mesej kepimpinan. Perjuangan tokoh-tokoh sejarah di Tanah Melayu sehinggalah zaman kebangkitan kemerdekaan Malaysia juga adalah pembawakan nilai-nilai kepimpinan yang perlu disemat dalam aliran pemikiran setiap individu di Tanah Melayu lebih-lebih lagi yang bergelar Muslim. Kepimpinan dalam rumah tangga juga merupakan satu dinamika yang tinggi bagi mengharmonikan kehidupan sepasang suami dan isteri, ayah dan ibu serta anak-anak. Justeru, pengiktirafan Allah kepada kepimpinan manusia merupakan satu bentuk amanah. Maka kepercayaan untuk menguruskan alam ini perlulah difahami dan dilaksanakan sepenuhnya oleh insan muslim itu sendiri.


Firman Allah :

Maksudnya : “ Sesungguhnya Aku (Allah) melantik manusia sebagai khalifah di atas bumi.

(al Baqarah : 30)


Antara golongan yang bakal mewarisi kepimpinan ini adalah mahasiswa. Mahasiswa ini mestilah mahasiswa yang berada di menara gading, mempunyai visi dan misi ke arah kegemilangan akademik dan personaliti yang cemerlang. Andaikata golongan ini lemah longlai, hanyut mengikut arus kemodenan melampau, hiburan yang membuai lagi melalaikan, nyanyian yang mengasyikkan, cereka-cereka yang menglirukan lagi menyesatkan, fesyen-fesyen yang menjelikkan, etika-etika yang kadang-kadang terpesong daripada adat dan tuntutan agama, sudah tentu mahasiswa tidak akan mampu menapak ke arah menjadi pemimpin yang berkarisma tinggi walaupun mereka mempunyai kelayakan akademik yang tinggi dan dipuja ramai.


Oleh itulah, mahasiswa perlu melakukan sesuatu perubahan yang semakin posiitif bermula daripada saat ini. Bukan sekadar cakap-cakap kosong mahupun gosip-gosip yang membohong, tetapi mestilah di atas landasan anjakan paradigma yang tidak putus dan istiqamah yang berterusan bermula daripada perancangan, disusuli dengan misi dan pergerakan serta tawakal. Samalah juga seperti yang sering dipraktikkan dalam akademik serta urusan kehidupan sehari-harian. Kepimpinan adalah wajib disiplin adalah mesti, iltizam adalah harus. Pendek kata, semuanya penting bukan?


Namun disini, bukanlah hamparan penuh penulisan saya lagi. Jika para pembaca selayang pandang ingin mengikuti penulisan saya kali ini secara terperinci, jangan lupa untuk mengikutinya di artikel Kepimpinan + MAHASISWA akan datang...sekadar selayang pandang....(*~*)




No comments: