Pages

Saturday, June 12, 2010

PoLiGaMi???

Poligami merupakan satu isu yang hangat diperkatakan. Islam mengharuskan poligami untuk menjaga kesucian mereka di dalam runtutan hawa nafsu yang kuat sehingga tidak cukup dengan hanya memiliki seorang isteri sahaja. Berpoligami dalam ruang lingkup sihat yang diiringi penjagaan dan pensyariatan hak-hak kewajipan serta kemuliaan yang selayaknya, akan menghalang diri daripada terjerumus kearah melakukan perbuatan yang diharamkan syarak dan berdosa. Selain daripada itu, poligami disyariatkan untuk mengelakkan kaum wanita daripada diburu oleh lelaki yang tidak bertangungjawab tanpa akad nikah yang boleh menjamin masa depan anaknya. Oleh itu, matlamat Islam mengharuskan poligami bagi mengelakkan kaum lelaki daripada terjerumus ke lembah penzinaan, menjaga wanita daripada tunggangan hawa nafsu yang menggila serta menjaganya daripada kecewa dan memelihara masyarakat daripada gejala keruntuhan moral dan kucar kacir.
akta undang-undang keluarga islam ( wilayah persekutuan) 1984 ( akta 303 ) seksyen 23

poligami

(1) Tiada seorang pun lelaki, semasa wujudnya sesuatu perkahwinan, boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat kontrak perkahwinan yang lain dengan perempuan lain atau perkahwinan yang dikontrakkan tanpa kebenaran sedemikian boleh didaftarkan di bawah akta ini:

Dengan syarat Mahkamah boleh jika ia ditunjukkan bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah mengikut Hukum Syarak, memerintahkan perkahwinan itu didaftarkan tertakluk kepada seksyen 12

(2) subseksyen (1) terpakai bagi perkahwinan dalam Wilayah Persekutuan seorang lelaki yang bermastautin dalam atau di luar Wilayah Persekutuan dan perkahwinan di luar Wilayah Persekutuan seorang lelaki yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan.

(3) Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan akuan menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut dan perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan dan tanggungan kewangan yang patut ditentukan, bilangan orang tanggungannya, termasuk orang-orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinannya yang dicadangkannya itu.

(4) apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon dan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada supaya hadir apabila pemohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam Mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati-

(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandang kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila dipihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;

(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang-orang yang akan menjadi orang-orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkannya itu;

(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak; dan

(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.

(5) Satu salinan permohonan di bawah subseksyen (3) dan akuan berkanun yang dikehendaki oleh subsyeksyen itu hendaklah disampaikan bersama dengan surat panggilan keatas tiap-tiap isteri yang sedia ada.

(6) Mana-mana pihak yang terkilan atau tidak puas hati dengan apa-apa keputsan Mahkamh boleh merayu terhadap keputusan itu mengikut cara yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran bagi rayuan dalam perkara sivil.

(7) seseorang yang berkahwin bersalahan dengan subsyeksyen (1) hendaklah membayar dengan serta-merta semua jumlah mas kahwin dan pemberian yang kena dibayar kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada, dan jumlah itu, jika tidak dibayar sedemikian, boleh dituntut sebagai hutang.

(8) Acara bagi akadnikah dan pendaftaran sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini adalah serupa dalam serba perkara dengan yang dipakai begi perkahwinan-perkahwinan lain yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Wilayah Persekutuan di bawah akta ini.

No comments: